Seni
merujuk kepada rekabentuk dan karya dalam sesuatu kraf atau produk yang
dihasilkan oleh seniman bagi memberi kemudahan untuk kegunaan atau menyenangkan
pengguna. Justeru, dalam seni rekabentuk terutamanya grafik berkomputer dalam
pendidikan telah memberikan kelebihan kepada pelajar dalam mendalami ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
Selain
itu, penggunaan
komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan perhatian dalam apa jua
bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan perkembangan teknologi komputer
juga, ia memberikan satu perubahan dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai
sistem Pembelajaran-Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan
beberapa kebaikan berbanding pendidikan tradisional.
Menurut
Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan prestasi pelajar.
DEFINISI GRAFIK
Maksud grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah
lukisan, gambar atau huruf yang kebiasaan dihasilkan dengan menggunakan
pelbagai media seperti pen, pensil, cat, berus dan banyak lagi. Berdasarkan
kamus dewan bahasa dan pustaka menerangkan bahawa grafik membawa maksud perkara
berkenaan ukiran, gambar rajah dan lukisan. Secara lebih terperinci, lukisan
merupakan salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
Grafik
juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak
dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada
sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian
sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas,tepat dan konsisten
antara individu yang berbeza. Grafik dikatakan sebagai sumber penyampaian
maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh
manusia melalui penglihatan mereka dapt diterima secara terperinci dan ia mempunyai
daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.
SENI REKA
Perkataan rekabentuk dikaitkan dengan kaedah
penghasilan. Pengkhususan dalam bidang rekabentuk biasanya lebih melihat kepada
hasil atau imej dalam sesuatu seni atau kraf. Manakala, dalam perkara ini seni
reka lebih dikatkan dengan perkataan komunikasi, iaitu satu tindak balas seni
yang penghasilannya kepada khalayak atau masyarakat. Demikian, komunikasi
tampak dan idea seperti garisan, warna dan bentuk lebih berkesan bagi
menerangkan sesuatu kepada masyarakat. Selain itu, komunikasi boleh terbentuk
juga melalui penggunaan symbol atau imej ‘pictorial’ (imej bergambar) kepada
masyarakat dalam bentuk tema atau mesej yang dilahirkan daripada elemen
rekabentuk seperti garisan, warna, bentuk dan tekstur(Lawson, 1994).
Rekabentuk ialah unsur yang mempunyai kaitan
dengan fungsi gunaan dan juga fungsi hiasan yang melibatkan proses. Proses
penghasilan sesuatu yang melibatkan rekabentuk, ia terbahagi kepada tiga
perkara penting iaitu memikir, melihat dan membuat atau menghasilkan.
Rekabentuk
Multimedia Interaktif
DEFINISI
Dalam
memahami konsep perisian kursus multimedia interaktif dalam pendidikan, berikut
ialah definisi istilah yang sering digunakan:
Perisian
Kursus
Dalam
konteks kajian ini, perisian kursus ialah satu set program komputer yang
melibatkan teks, audio dan grafik yang boleh digunakan sebagai media pengajaran
yang disediakan oleh pembina untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Multimedia
Perkataan “multimedia” boleh
dipecahkan kepada “multi” dan “media”. “Multi” bermaksud banyak; manakala
“media” pula merupakan alat-alat yang digunakan sebagai saluran untuk
berkomunikasi, seperti akhbar, radio, dan televisyen. Secara ringkasnya
“multimedia” dapat didefinisikan sebagai banyak media. Dengan kata lain,
multimedia ialah penggunaan data daripada pelbagai sumber elemen media secara
serentak.
0 comments:
Post a Comment